Cerita ini adalah bedasarkan pengalaman seorang teman ku.....dikenali sebagai Lia...Lia merupakan seorang wanita yang agak agresif...penuh dengan perasaan untuk berseronok....walaupun umurnya hampir mencecah 23 tahun pada waktu itu...Dia tinggal bersama teman lelakinya di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai seorang pedandan rambut di salah satu butik salun di wangsa maju...Lia juga seorang anak kepada penoreh getah...kerana perasaannya yang terlalu menginginkan kemewahan dia telah lari dari rumah keluarganya di kampung...Hidupnya sekarang terlalu gembira hinggakan semua perkara dia pernah cuba...clubbing,merokok,minum hinggalah ke gejala kurang baik....apatah lagi tinggal sebumbung dengan teman lelakinya....sampai kini...lia masih lagi terjerumus dengan gejala negatif hinggakan dia mengandung anak teman lelakinya....tetapi....teman lelakinya iaitu X tidak dapat menerima kenyataan bahawa itu adalah anak nya....lalu dia menghalau lia dan memaki lia di khalayak ramai...ketika itu,tiada siapa pun memahami,dan menolong lia ..Lia dipandang jijik oleh jiran-jiran di situ.Lia pun berjalan sehinggalah dia terserempak dengan seorang pengemis tua...Lia pengsan di suatu sudut....dia dibantu pengemis tua lalu dibawanya pulang ke rumah...walaupun rumah nya agak berbeza dari rumah yag pernah di diaminya sebelum ini...Lia bersyukur kerana ada juga yang sudi menolongnya...Lia mengenali pakcik tu dengan nama pak asan...Pak asan ade 2 orang anak yang dah pun berjaya..Dia mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan ..masing-masing mempunyai keluarga.Menurut pak asan,anak-anaknya semua membuang pak asan disebabkan malu dengan keadaan ayahnya.Pas asan pernah berjumpa dengan anak-anaknya,tapi mereka tidak mengenali malah menghalau pak asan...pak asan berasa amat kecewa jadi dia pun membawa diri...Apabila lia mendengar cerita tu tadi dia pun mengingat semula kisah dia dengan familynya...tapi dia malu nak menceritakan...sejak malam itu,lia menanam azam untuk melahirkan anaknya dengan apa jua cara dan memulakan hidup dengan hasil usaha sendiri dan halal.Lia pun menanam azamnya apabila selamat melahirkan anaknya,dia akan kembali menjenguk keluarganya di kampung...Pada keesokan harinya,lia keluar dari rumah pak asan untuk mencari kerja demi mencari sesuap nasi untuk anak yang dikandungnya...dia pun bekerja di Spa Kecantikan kawannya di Petaling.Kawannya ,Ani simpati dengan nasib malang yang menimpa Lia.Ani pun mengajak lia tinggal bersamanya memandangkan dia pun tinggal keseorangan di apartmennya...Sekurang-kurangnya dia dapat menjaga lia di waktu lia sedang mengandung.Lia pun berstuju dan memulakan harinya seperti biasa demi anak yang bakal dilahirkannya.Hari demi hari berlalu....Lia masih mencari-cari jawapan kepada persoalanya...kenapa ani boleh memiliki spa pada usia yang muda dan mempunyai kemewahan dengan cepat...Perlahan-lahan lia mencari jawapannya...hinggalah suatu masa,ada seorang lelaki datang dan tidur di dalam bilik ani..Lia takut nak tanya ani tapi ani sendiri telah memberitahu itu adalah teman lelakinya yang juga merupakan seorang ahli peniagaaan.Lia berasa jawapan yang dimilikinya sudah memadai sehinggalah beberapa bulan kemudia di waktu kehamilannya mencecah bulan kelapan..Dia terdengar perbualan diantara ani dengan seseorang yang berbunyi seolah-olah ingin menjual anak yang dikandungkan lia.Lia terkejut sangat hinggakan dia hampir pengsan ketika itu.Pabila lia mengetahui yang anaknya akan dijual,dia pun bepura-pura untuk balik ke kampung untuk menjenguk keluarganya demi megelakkan perasaan syak wasangka pada ani..Dia pun mengemas lalu keluar dari rumah ani hinggakan dia terasa seperti hendak membunuh diri..Sedikit demi sedikit bala datang padanya...membuatkan dia putus-asa untyuk meneruskan...dia menangis du tepi jalan..dan datang seorang lelaki yang tidak dikenalinya menegur dan menanya " kenapa nak menangis seorang diri di sini...?anak ke mana malam-malam begini...?''lia menjawab yang dia tidak ada tempat berteduh.Lelaki tersebut membawanya pergi makan dan lia pun menceritakan segala-gala kepadanya.Lelaki itu pun menceritakan tentangnya...namanya azri..boleh memanggilnya paklong dan mempunyai seorang isteri dan telah pun berkahwin hampir 10 tahun namun masih tidak mempunyai cahaya mata hinggalah kini..Jadi lia pun telah dipelawa oleh pakcik itu untuk tinggal bersama-samanya di melawati..Makan minum tempat tinggal semuanya tidak perlu dibayar kerana mereka pun ingin sedikit bahagia bersama lia dan anaknya nanti...Lia bersetuju dan pulang ke rumahnya...setelah sampai dirumahnya,lia diperkenalkan dengan isteri pakcik itu,aliah namanya..Aliah seorang isteri yang baik dan teguh pada pegangan agama.Lia berasa gembira dan tenang apabila dirumah pakcik itu..Ilmu agama yang telah lama dia lupakan telah pun dapat kembali dengan di ajar oleh aliah setiap kali selepas solat...sebulan tinggal disana tibalah masanya untuk lia melahirkan anak dan lia mendapat seorang cahaya mata lelaki dan diberi nama amir.
Lia hidup dengan baik dan bahagia selama beberapa bulan disitu selepas melahirkan anaknya.Tibalah di suatu malam lebih kurang pukul 1 pagi..tanpa diduga,pakcik itu datang dengan senyap dan memperkosa lia.lia yang hanya mampu bersedih dan menahan keperitan ketika itu terus menangis...Pakcik itu telah mengugutnya...'untuk tidak diapa-apakan baik diam..kalau tidak anaknya jadi mangsa.'
Semenjak hari itu,setiap malam lia di paksa untuk melayan nafsu lelaki tersebut.boleh dikatakan setiap minggu hampir 4 kali dia terpaksa melayan demi keselamatan anaknya.Lia merasa sedih sangat atas tindakan pakcik itu dan sedih terhadap isterinya yang baik namun dia tidak mampu memberitahu apa-apa selain berdoa ketika itu meminta sangat agar dia diselamatkan dari segala yang malapetaka..
Diwaktu pakcik itu bekerja,dia telah pun memberitahu aliah yang dia hendak pulang ke kampung dan tinggal dikampung bersama-sama anaknya..Lia pun pulang ke kampung untuk menjenguk keluarganya..namun...setiba saja di kampung..rumahnya kosong dan tidak lagi berpenghuni..Dia bertanya pada orang kampung dimana keluarganya...Lia diberitahu bahawa mak dan ayahnya telah pun meninggal dunia setahun yang lepas akibat menderita sakit tua..Lia yang sebak..dan menangis-nagis kerana belum lagi memohon maaf dari ibubapanya tidak dapat menerima kenyataan dan pergi ke pusara keluarganya ..Lia terus menangis di atas kubur ibubapanya hinggakan mencakar-cakar tanah untuk menghukum dirinya....Dia pasrah dan redha atas ketentuan ilahi...dan menanam azam agar akan menjaga anaknya untuk tidak menjadi sepertinya..Dia sedar akibat dari kelalaian dan sifat tamak mengejar kemewahanlah telah membuat dia lupa dan alpa terhadap kedua-dua ibubapanya.....
Semenjak hari itu aku sering kali berfikir adakah lagi insan seperti lia yang mampu menahan dan meneruskan kehidupannya dengan penuh kesabaran walaupun penuh dengan dugaan dunia...
Kebanyakkan yang mampu aku fikirkan...dan aku lihat..seorang demi seorang bayi yang tidak bersalah dibuang ke dalam tong sampah,ditanam,atau dicampakkan di hutan...
Kenapa pandai membuat anak tapi tak pandai menjaganya.....tak pandai menghargai nya...sdangkan rmaia yang hendak anak tapi tak mampu mendapatkannya ..inikan yang dapat tapi membuangnya.....Jikalau tak nak pun bayi itu berilah pada orang yang mampu memberikan kebahagiaan ataupun kesenangan ...Itu lagi baik dari menjual atau pun membunuhnya.....
fikirkanlah jikalau anda sendiri yang menjadi bayi tersebut apakah perasaan anda...........